Tuesday 29 March 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG CHENUR SUPPLIER

Hi guys!

Selamat datang ke blog Chenur Supplier. Kini Chenur Supplier maju setapak lagi dalam bidang perniagaan ( dapat buka blog ni la kan ), saya selaku wakil Chenur Supplier berharap Chenur Supplier akan terus dan terus terus terus maju dengan sokongan anda semua. 

Kepada pelanggan baru kami dan yang masih belum mengenali kami lagi, kami merupakan sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang menceburi bidang sains dan perubatan. Produk utama kami adalah membekal haiwan makmal seperti tikus putih ( rat dan mice ), arnab dan marmut ( guinea pig ). Selain itu, kami juga membekal kelengkapan untuk kegunaan eksperimen atau penyelidikan haiwan makmal ( 'animal studies' ) seperti sangkar untuk rat, mice dan rabbit, makanan untuk rat, mice dan rabbit, rak sangkar, botol minum, pasu, 'sawdust' dan sebagainya. Kami juga membekal ke universiti-universiti kerajaan, swasta dan juga kepada pelanggan perseorangan. Untuk pengetahuan anda, kami di Chenur Supplier menggunakan konsep Mesra Pelanggan dan berniaga secara kecil-kecilan ( Trading ). Apa yang kami janji kan di Chenur Supplier kepada anda adalah segala urusan anda dengan kami, akan kami pastikan semuanya berjalan lancar dan memuaskan hati anda. Kami akan pastikan yang terbaik untuk pelanggan kami. :)

Kepada pelanggan yang mengenali dan setia menyokong Chenur Supplier, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Kami berharap, segala layanan kami dapat memuaskan hati anda. Maaf jika ada tersalah atau apa-apa yang tidak kena tetapi akan kami baiki dari semasa ke semasa demi pelanggan kami. 

Sekian Terima Kasih

-EnD-